Tuesday, September 18, 2012

NASIHAT UNTUK KAUM LELAKI

KAU TERCIPTA UNTUK KU


Melakar bait-bait kata….
memohon pada Dia….
satukanlah dua hati…
dalam satu rasa….

ilham penyair cinta….
mengukir syahdu puitis bicara…
bersenandung irama penghibur jiwa…
mengusap bayu kabarkan lagu rindu…
menyulam kasih menganyam bahagia...
.

dalam doa restu…
pintaku tanpa henti…
mengharap bahagia yang hakiki…
jalinan ikatan dua hati…
kan tersimpul rapi….
sehingga di panggil kembali….
kepadaNya Yang Abadi…

telah tercipta olehNya…
kau untukku…
dan aku untukmu…
bertemu, berkasih dan bersatu….
berkat dariNya Allah SWT Yang Satu
 


SAAT KAU KATA KAU CINTA


 
Dingin salju ..
Sedinggin kamar hatiku ...
Merindui dirimu di kejauhan ....
Dalam kelam malam 
Ku menunggu hadirmu di alam mimpi ...
Keluh kesah , resah dan gelisah ...
Menanti lafaz bicara ...
Saat kau kata kau cinta ...

Umpama pungguk rindukan bulan....
Malamku kesiangan...
Bergetar sejuta rasa....
Menunggu saat ijab kabul kita berdua...
Dalam debar gelora cinta....


Detik waktu...
Seakan lambat berlalu...
Menyulam kasih hanya padamu...
Membilang rias sukma jiwa...
Mensyukuri nikmat kurnianNya, Yang Maha Esa....

Wahai yang tersayang...
Denganmu aku sempurna...
Hadirmu penawar segala duka lara...
Hanya dikau yang bertakhta...
Cukuplah kau menjadi pelengkapku....
Dan aku menyempurnakan separuh agamamu...
Walau aku bukan yang pertama buatmu....
Namun kau jadikan aku....

Yang terakhir untukmu...

Saat kau kata kau cinta....
Hanya kaulah segalanya....

ALLAH MAHA ADIL

Monday, September 17, 2012

RAHASIA SEDEKAH


 
Sedekah memiliki manfaat yang besar bagi pelaku .
Ia memiliki kesan pada semua tingkat kewujudan anda, baik 
dari segi material mahupun rohani, kerana Sedekah selalu
berkait dengan kerelaan pelaku .dalam bahasa Arab , kata 
Shadaqah ( sedekah) berasal dari perkataan shadaqa yang
bererti benar. sedekah adalah bukti kebenaran iman pelakunya 
sedekah berbeza dari semua amal ibadat lain seperti sholat, puasa 
zakat dan haji . Alasanya , ibadat - ibadat yang disebutkan itu kadang 
kala di buat dalam keadaan terpaksa atau  untuk tujuan pribadi .

Dalam eberapa keadaan, banyak orang yang sangup melakukan 
puluhan rakaat sholat sunat ( nawafil) setiap malam, tetapi 
pekerjaan itu sering dilakukan demi kesenangan diri sendiri atau 
mungkin kerana faktor kebiasaan sahaja. demikian juga dengan 
puasa sunat. ertinya walaupun ibadat - ibadat itu baik , tapi 
maanfaat  diperoleh untuk si pelaku itu sendiri.
sehingga meskipun dia mampu mengkhilaskan ibadat - ibadatnya 
tetapi belum tenti dia ikhlas saat ersedekah .

Untuk itu, secara langsung, sedekah adalah guru dan penawar 
untuk ibadat - ibadat lainya. itulah sebabnya mengapa yang Maha
Baik memerintahkan hamba- hambaNya yang beriman untuk mendirikan 
sholat, membayar zakat dan secara khusus bersedekah . sedekah adalah 
pasangan ibadat sholat . sholat adalah sisi keagungan seorang mukmin 
sementara sedekah adalah sisi keindahanya . sholat adalah cahaya , 
sementara sedekah adalah bukti cahaya sholatnya . sholat dilakukan 
dengan memfokuskan fikiran , sedangkan sedekah memfokuskan kerelaan
hati. sholat dan sedekah adalah bukan pasangan . hubungan keduanya 
seperti hubungan lengankanan dan kiri. intinya , ibadat atau sholat 
seorang mukmin harus ditampung melalui sedekah . sedekah juga mampu
mensucikan hati kita .

Friday, March 9, 2012

HATI SEORANG WANITA

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi
 menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya,

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,
                                                                             Lelaki,

                            jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
                           Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
                           Dia adalah orang yang akan tetap bersa sepanjang    
                            hidupmu.
 
Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan
 kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah mata nya,

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakan nya?

Fikirkan laa.

Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..
Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.

Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,
                                                                          Lelaki,
                                                   Fikirkanlah tentang hal itu.

                           Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
                           Dan semuanya kerana dirimu.
                           Inilah waktunya untuk melihat
                             apa yang telah kau                            lakukan untuknya.
 
Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon MAAF!

Jadi hargai, jujur, setia lah pada wanita yg berada di samping mu, yg sanggup berbuat apa saja utk mu, menjaga, merindui, menyayangi, mengasihi,  dirimu.. fikirkan lah..

JIKA KU TAK BANGUN ESOK PAGI

Jika ku tak bangun esok pagi
Sayang ku kau jagalah diri 
Sentiasa ingatkan hati
Dirimu amat ku cintai...
Andainya dihimpit kesusahan
Sujud dan mohon pada Tuhan
Agar diberikan bimbingan
Meniti hidup bersendirian...
Bila terasa sejuk pejamkan mata
Bayangkan dalam dakapan ku
Bila terasa rindu pejamkan mata

Kita bersua dalam lena...
Kalau ada yang sudi mengganti
Sayang lepaskanlah ku pergi
Kerana sayang seistimewa mu
Berhak untuk dicinta dalam hidup...
sayang...Tiada apa yang kekal dalam dunia ini
Namun yang pasti walaupun ku tiada nanti
Cinta ku...Akan kekal abadi...
Ku berharap kau tak akan lupa
Mengirimkan bekalan doa
Kita jumpa lagi di sana nanti
Jika ku tak bangun...Esok pagi