Thursday, January 20, 2011

AKU MALU KERANA DI PUJI

Aku malu pada Tuhan dan diriku...
mendengar pujian orang buatku
kerana aku tahu, Aku tak layak untuk itu


Illahi Kau Maha Mengetahui tentang hambamu ini
dosa dan noda pada angota dan jiwa...
dalam kesunyian malam , ku mohon keampunan
janganlah pujian orang itu hanya igauan...
sedang daku di lembah kemurkaan...
hulurkan untukku lautan keampunan...
limpahkan daku hamparan keikhlasan...
hingga pujian atau makian...
tidak akan mengugat perasaan...


Tuhanku, ampunilah daku bila aku dipuji...
sedangkan Dikau mengerti...
diriku ini belum cukup murni...
siapalah daku dibandingkan  hamba hamba Mu yang suci
para mujahid yang cukup berbakti...
sedangkan aku hanya di pingiran budi...
belum cukup harta , atau air mata yang kucucuri
belumpun darah kutumpahi, atau nyawa ku korbani...
mereka sudah memuji....
sedangkan baktiku belumpun terbukti...
bahkan jauhnya antara langit dan bumi...


Maka tutupilah kelemahan diri ini...
ketika dahi merapat kebumi...aku tangisi..
dalam kesunyian dinihari ...aku ratapi..
aku amat malu padamu Illahi...
aku bimbangkan nifaq diri tersembunyi...
bimbangkan puji membunuh kejujuran naluri...


Wahai Illahi..!
ampunkan daku kerana tak layak di puji...
ampunkan mereka kerana salah memuji..










No comments:

Post a Comment