Sunday, January 30, 2011

Memanusiakan Diri

Siapa Aku ?


Manusia.....


Apa itu Manusia ?


Tulang tengkorak berbalut daging dan berbungkus kulit.


Itu sahaja ?


Tidak ! Ada kehidupan , ada roh dan ada fitrah.


Apa itu fitrah ?


Fitrah itu perikemanusiaan yang sentiasa cenderung memilih kebenaran , 
kebaikan, bersih dan adil.


Jika demikian , manusia makhluk yang baik.


Mengapa ada penjahat , pembunuh dan rasuah ?


Perkara itu berlaku kerana fitrah kemanusiaannya terhimpit
oleh nafsu.


Bagai mana mengangkat fitrah itu?


Mengangkat fitrah agar berperanan, salah satu caranya ialah 
memperbanyak puasa, termasuk puasa sunat.

Selamat memanusiakan diri !!!




No comments:

Post a Comment