Friday, January 21, 2011

JANGAN TERTIPU AKAN FATAMORGANA KEHIDUPAN

Hati - hati saudaraku!
jangan tertipu dengan kemegahan kedudukan!
jangan tertipu dengan wang ringgit!
jangan tertipu dengan rayuan lelaki!
jangan tertipu dengan jelingan nakal wanita! 
kamu pasti akan membayar mahal
penjara atau neraka.......


Rangsangan ada dalam diri sendiri
jika kita tidak tertipu dengan kesenangan semu
hidup kita mejadi tenang.
dan ketenangan inilah yang akan membuatkan 
hidup kita senang.
keduanya tercipta bila kita berzikir 
mengingat dan mendekatkan diri kepada Allah
kerana tak lama lagi kita akan mudik
pulang kembali kepada Allah SWT
semoga Allah menyayangi kita ...


Orang-orang yang sedang susah atau terjajah 
oleh hawa nafsu, tergoda akan bisikan syaitan
atau terpengaruh dengan iklan , mereka akan
melihat dan mengangap bahwa tempat hiburan
dapat memberi kepuasan. tetapi ketika mereka 
pergi ke sana untuk mendapatkan kesenangan
ternyata kesengan yang nyata tidak wujud.
apa yang mereka perolehi hanya kesenangan 
semu(mata') dan keletihan, kerana yang ada 
hanyalah mata' materi atau jasad dengan jasad.


Sesunguhnya kepuasan yang sebenarnya 
ada di dalam hati..
sedangkan segala yang haram itu tidak boleh 
menyenangkan hati, kerana fitrah hanya 
merindukan kebersihan dan kebenaran.


Seseorang yang hanya menuruti keinginanya 
akan mengejar fatamorgana hingga ke kota 
Lahad,daerah balikpapan, wilayah kota bumi
(mati')tanpa hasil. Sejarah hidupnya tercatat
penuh dengan pelangaran hukum.


Selagi nyawa di kandung badan, marilah kita 
menanam apapun yang bermanfaat bagi diri
kita, keluarga, jiran tetangga, bangsa dan negara
kerana hanya didunia inilah kesempatan bagi kita 
untuk menanam dan menuai hasilnya di alam kekal
tanpa waktu...


Selamat beramal, selamat berkarya , semoga Allah 
SWT sentiasa memberikan bimbingan dan petunjuk
bagi kita ......Amin!





No comments:

Post a Comment